Get Adobe Flash player
Translator
Undian

Adakah anda berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan pihak JBPM Negeri Melaka

View Results

Loading ... Loading ...
Bilangan Pengunjung
Hari Ini: 47
Jumlah : 10645
Pengunjung Online: 1

Info Keselamatan

Senarai semak ringkas panduan keselamatan kebakaran berikut dapat membantu anda mencegah kebakaran :

  1. Disyorkan supaya memasang alat pengesan asap di setiap tingkat. Tempat yang sesuai ialah pada siling, di dalam kurungan tangga, bilik tidur dan ruang tamu.
  2. Pastikan ada dua laluan kecemasan dari setiap bilik dan semua penghuni tahu serta telah berlatih menggunakannya.
  3. Jangan sekali-kali merokok sambil berbaring di atas katil semasa berada dalam keadaan mengantuk, mabuk atau setelah mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk.
  4. Gunakan bekas habuk rokok yang besar dan berat. Pastikan puntung rokok dipadamkan sepenuhnya sebelum dibuang.
  5. Elakkan membuat penyambungan atau membebankan litar elektrik.
  6. Letakkan mancis dan pemetik api di tempat yang tinggi supaya tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.
  7. Bekas-bekas yang mengandungi cecair mudah bakar hendaklah disimpan di tempat yang jauh dan selamat dari punca api dan kanak-kanak.
  8. Jangan biarkan lilin menyala tanpa diawasi walaupun sesaat dan jauhkannya dari kanak-kanak.
  9. Anda disyor meletakkkan satu unit Alat Pemadam Api jenis debu kering ataupun jenis gas di rumah.

Pengendalian lilin / pelita yang tidak betul boleh mengakibatkan bencana. Statistik kebakaran menunjukkan bahawa kebakaran rumah akibat penyalahgunaan lilin / pelita kian meningkat.

  • Pastikan lilin atau sebarang punca api yang digunakan di dalam pengawasan anda.
  • Padamkan semua lilin sebelum meninggalkan bilik atau sebelum tidur.
  • Penggunaan liIin di dalam bilik tidur adalah tidak digalakkan. Jika tidak dapat dielakkan, pastikan lilin diletakkan di tempat yang bebas dari langsir, kain, perabot, majalah dan suratkhabar.

  • Pastikan lilin tidak diletakkan berhampiran dengan cecair mudah bakar.
  • Elakkan memasang Iilin berhampiran tingkap atau pintu, di mana ia terdedah kepada tiupan angin yang boleh mengakibatkan ia mudah terbakar bila bertindak balas dengan api.


GUNAKAN PEMEGANG LILIN YANG:

  • Stabil. Tidak mudah menjadi condong atau miring.
  • Bukan daripada bahan mudah bakar.
  • Mempunyai ruang yang mencukupi bagi mengumpul titisan lilin atau jika lilin terjatuh.

Letakkan lilin di atas tempat yang stabil, dan di atas permukaan meja yang tidak bersepah, jauh daripada bucu meja.

Elakkan dari terjaluh akibat dilanggar oleh kanak-kanak, binatang peliharaan atau tikus dan jika terjaluh pastikan ia tidak berhampiran atau terkena bahan mudah bakar. Hidupkan lilin dengan cermat.

Pastikan rambut dan pakaian anda bebas dari punca api.

Pastikan sumbu lilin digunting pada satu perempat inci sebelum digunakan.

Padamkan lilin jika ia terbakar dalam dua inci dari pemegang Iilin.

Padamkan lilin dengan cermat menggunakan pemadam lilin atau tiup lilin dengan perlahan-Iahan.

Padamkan dan sejukkan balang mancis yang digunakan bagi menghidupkan lilin sebelum membuangnya.


PENGGUNAAN LILIN DAN KANAK-KANAK

Berdasarkan statistik kebakaran, ia menunjukkan bahawa hampir sepuluh peratus kebakaran berlaku di rumah adalah berpunca dari kanak-kanak akibat pengendalian lilin yang tidak betul.

  • Jauhkan lilin yang sedang menyala daripada kanak-kanak bermain dengan lilin mahupun titisan lilin dan pastikan ia tidak terkena dengan sebarang bahan mudah bakar.
  • Pastikan anda mengawasi Iilin atau sebarang punca api yang terdedah walaupun seketika, terutamanya apabila terdapat kanak-kanak.
  • Kanak-kanak perlu diberi penerangan tentang bahaya api lilin.
  • Letakkan liIin, mancis dan pemetik api di tempat yang tinggi supaya tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak, terutamanya di dalam kabinet yang berkunci.

Semasa bekalan elektrik terputus di kebanyakan rumah, lilin biasanya dijadikan alternatif sumber cahaya. Elakkan dari menggunakan lilin ketika kecemasan.

  • Sentiasa sediakan lampu suluh dan bateri sebagai pengganti lilin.
  • Pastikan anda tidak mengangkat lilin yang sedang menyala.
  • Sebaiknya anda tidak menggunakan lilin yang dipasang bagi melihat atau menerangi semasa menambah cecair mudah bakar.
  • Padamkan semua lilin sebelum meeninggalkan bilik atau sebelum tidur.


KESELAMATAN BARANGAN ELEKTRIK

  • Lampu hendaklah ditempatkan di permukaan yang jauh dari apa-apa bahan yang boleh terbakar.
  • Gunakan mentol yang sepadan dengan watt lampu
  • Gunakan pelindung untuk melindungi mentol daripada pecah sekiranya lampu terkena hentaman yang kuat.

KUASA ELEKTRIK DI LUAR RUMAH

  • Alatan elektrik yang dipasang di luar rumah seperti di anjung hendaklah kalis cuaca.
  • Jangan gunakan penyambung pendawaian untuk lampu neon atau lampu “kelip-kelip”.
  • Jangan gunakan perkakasan elektrik di luar rumah ketika permukaan tanah dalam keadaan basah melainkan peralatan tersebut telah lulus ujian dan boleh digunakan.
  • Jangan gunakan penyambung pendawaian untuk lampu luar.

KABEL ELEKTRIK

  • Jangan menyentuh kabel kuasa – anda mungkin akan terkena renjatan dan terbakar teruk.
  • Simpan tangga (terutama tangga besi) jauh dari kabel kuasa.
  • Laporkan kerosakan kabel kuasa dan tandakan kawasan berkenaan bagi memberi amaran kepada orang ramai yang menghampirinya.

TANDA AMARAN

Kenalpasti masalah-masalah elektrik yang wujud sebelum terjadinya renjatan dan kebakaran. Perhatikan perkara-perkara berikut :-

  • Masalah berulang seperti flus terputus atau bekalan terputus.
  • Terdapat kejutan karan apabila anda menyentuh perkakasan elektrik.
  • Berbau getah terbakar yang datang dari perkakasan elektrik.
  • Lampu berkelip-kelip. Jangan tunggu sehingga masalah menjadi besar. Hubungi pihak berkuasa Tenaga Nasional Berhad atau juruteknik yang berkelayakan.

STATISTIK RENJATAN ELEKTRIK

  • Setiap tahun renjatan elektrik dan kebakaran menyebabkan beratus-ratus orang mati dan beribu-ribu mengalami kecederaan. Beberapa asas keselamatan eiektrik dapat mengurangkan risiko kepada anda.

KEROSAKAN FlUS DAN LITAR

  • Jika fius terbakar atau berlaku kerosakan pendawaian yang menyebabkan bekalan terputus, jangan kembalikan ke kedudukan asal. Kenalpasti punca-punca yang menyebabkan keadaan tersebut berlaku dan atasi masalah tersebut.
  • Setiap fius di rumah anda mestilah mempunyai ukuran dari segi kemampuan menampung beban elektrik. Apabila anda menukar fius pastikan ianya mampu menampung kemampuan litar.
  • Seterika dan lain-lain peralatan pemanas menggunakan arus elektrik yang banyak. Jangan gunakan plug lebih dari satu di soket atau litar yang sama.

PEMUTUS LITAR (ELCB)

  • Pemutus Litar Bocor ke Bumi boleh mengurangkan risiko renjatan apabila berlaku kerosakan litar dan peralatan elektrik dengan bertindak lebih pantas berbanding pemutus fius biasa. ELCB tidak mahal dan mesti dipasang di setiap rumah anda. Ujian bulanan hendaklah dibuat dengan menekan ‘butang ujian’.

SOKET ELEKTRIK

  • Soket elektrik tiga cabang adalah diterima dengan satu cabang lebih besar dari yang lain.
  • Pastikan plug anda sesuai dengan soket elektrik.
  • Sekiranya terdapat anak kecil di rumah anda letakkan di rumah anda letakkan penutup plastik keselamatan di soket yang digunakan.

PERKAKASAN ELEKTRIK

  • Perkakasan yang dibeli hendaklah mempunyai label yang menunjukkan barangan tersebut telah diluluskan semasa ujian oleh SIRIM.
  • Simpan perkakasan elektrik yang menghasilkan kepanasan seperti seterika sekurang-kurangnya 1 meter dari tirai, perabot dan apa-apa peralatan yang mudah terbakar.
  • Pastikan plug tidak dipasang pada perkakasan kecil seperti ‘toaster’, ‘coffeemakers’ apabila tidak digunakan.
  • Mengadakan ruang udara yang mencukupi di sekitar komponen elektrik seperti komputer, stereo system untuk mencegah bahang panas yang berlebihan.

PENDAWAIAN/PENYAMBUNG

  • Gunakan pendawaian mengikut kadarnya.
  • Gantikan pendawaian yang rosak.
  • Pastikaan sambungan tidak menghalang laluan atau disorok di bawah karpet.
  • Gunakan penyambung yang diluluskan oleh SIRIM


Berada berjauhan dari rumah menyebabkan anda terpaksa memikul tanggungjawab yang lebih, termasuk menjaga asrama dan kolej bebas daripada kebakaran.


Memasak

  • Anda hanya boleh memasak jika dibenarkan
  • Jika menggunakan dapur, pastikan bersih dan tidak bersepah
  • Elakkan daripada menggunakan perkakas elektrik secara berterusan atau membebankan palam pencucuh elektrik
  • Jangan biarkan aktiviti memasak tanpa diawasi. Jika api bermula daripada ketuhar mikro gelombang, pastikan pintu ditutup dan tanggalkan plug dari soket. Jangan cuba untuk memindahkan bekas yang terbakar dari ketuhar mikro gelombang

Merokok

  • Jika anda ingin merokok, pergi ke tempat yang dibenarkan untuk merokok
  • Gunakan bekas abu rokok yang besar dan berat. Pastikan puntung rokok dipadamkan sepenuhnya sebelum dibuang
  • Jangan sekali-kali merokok sambil berbaring di atas katil
  • Adalah berbahaya jika ada merokok dalam keadaan mabuk atau setelah mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk

Lilin

  • Lilin hanya boleh dinyalakan jika pengunaannya dibenarkan
  • Pastikan nyalaan lilin diawasi
  • Letakkan lilin jauh dari dinding, langsir, barangan perhiasan dan cecair mudah terbakar
  • Letakkan lilin di atas tempat yang stabil. Gunakan pemegang lilin yang stabil dan jangan biarkan ia menyala sampai ke hujungnya
  • Elakkan titisan lilin menitis pada bahan mudah terbakar

Sentiasa Bersedia Menghadapi Kebakaran

  • Bangunan di tempat anda mempunyai pelan pengungsian. Pelajarilah dan cuba turut serta dalam latihan kebakaran, seolah-olah ianya seperti kejadian yang sebenar. Tanda bahaya yang palsu bukanlah satu jenaka, laporkan dengan segera kepada pihak Bomba.
  • Kenal pasti setiap lokasi pintu keluar di bangunan itu bagi memastikan anda dapat keluar walaupun dalam keadaan gelap sekiranya berlaku kebakaran.
  • Alat pengesan asap dapat membantu menyelamatkan diri anda hampir 50 peratus lebih tinggi berbanding dengan bangunan yang tidak memilikinya. Jangan cuba alihkan bateri dari pengesan asap. Sistem pancuran basah / kering dapat menyelamatkan nyawa dan harta benda anda dari dijilat api. la dapat melindungi kawasan persekitaran dengan memadam dan mengawal kebakaran. Elakkan dari menggantung apa saja barang pada paip pancuran ataupun muncungnya.
  • Alat pemadam kebakaran dapat mengawal kebakaran yang kecil. Jangan bermain dengan pemadam kebakaran.
  • Apabila terdengar loceng keselamatan berbunyi, segera beredar. Tutup pintu sebaik sahaja anda meninggalkan tempat itu. Jika anda tidak dapat melarikan diri, kembali semula ke bilik anda.

Tips Menyelamatkan Diri

  • Dalam keadaan yang dipenuhi asap, anda boleh menyelamalkan diri dengan cara merangkak dan pastikan kepala anda berada di ZON SELAMAT untuk bernafas, iaitu di bahagian satu hingga dua kaki (30 hingga 60 cm) dari paras lantai di mana pada tahap ini udaranya bersih.
  • Sekiranya anda terperangkap di dalam bilik semasa kebakaran, sebelum membuka pintu anda hendaklah merasai kehangatan daun pintu, tombol dan bingkai pintu dengan menggunakan belakang tangan. Sekiranya daun pintu dan tombol terasa panas, jangan buka pintu dan carilah jalan keluar alternatif. Sekiranya daun pintu tersebut tidak panas, anda hendaklah melutut dan melekapkan bahu ke daun pintu terlebih dahulu sebelum membuka pintu secara perlahan-lahan dan berhati-hati. Sebaliknya jika asap dan haba mula memasuki bilik, tutup pintu rapat-rapat dan gunakan jalan keluar alternatif.
  • Sekiranya anda terperangkap, hubungi pihak Bomba dengan segera. Maklumkan kedudukan anda. Tutup ruang di bawah pintu dengan menggunakan selimut, cadar, tuala dan sebagainya bagi mengelakkan asap masuk ke ruang bilik.
  • Beri isyarat dengan berdiri berhampiran tingkap anda. Sekiranya tingkap boleh dibuka, buka sedikit di bahagian atas dan bawahnya. Sekiranya asap masuk ke dalam bilik, tutup tingkap dengan segera.

Tiada satu pun bangunan yang benar-benar selamat. Walaupun bilik asrama atau rumah anda diperbuat dari konkrit, ianya dapat menghasilkan toksik yang berpunca dari api yang kecil.



Keselamatan Kebakaran Di Dapur

  • Elakkan daripada meninggalkan dapur semasa memasak.
  • Sentiasa mengawasi dan memeriksa masakan yang dimasak dengan alat pembakar seperti ketuhar.
  • Elakkan memasak jika mengantuk, pening atau setelah mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk.


Kebersihan Dapur

  • Elakkan pemegang periuk, pembalut makanan, buku resepi dan bahan-bahan mudah terbakar berhampiran atau diatas ruangan aktiviti memasak.
  • Pastikan rak dapur sentiasa bersih. Kotoran dari bahan masakan yang berminyak boleh disambar api.
  • Elakkan sebarang bahan mudah terbakar seperti langsir, tuala pembersih berdekatan dengan dapur memasak.

Cegah Kebakaran

  • Makanan yang dimasak dalam “microwave” menghasilkan tahap kepanasan yang tinggi. Bukakan tutup dengan cermat.
  • Berhati-hati apabila menggunakan sarung tangan basah kerana air boleh bertukar kepada stim dan boleh menyebabkan tangan anda melecur.

Keselamatan Litar Elektrik Di Dapur

  • Gunakan satu peralatan (jenis pemanas) bagi satu soket dalam satu masa.
  • Pastikan fius dan pemutus litar direka dan diadakan bagi memutuskan aliran elektrik dari sumber kuasa sekiranya berlaku lebihan arus.
  • Pastikan rintangan dalam fius adalah sama seperti yang diperlukan bagi satu perkakas elektrik.
  • Wayar yang pecah dan terkoyak hendaklah diganti.
  • Sekiranya peralatan elektrik di dapur terlalu panas atau berasap, putuskan sambungan plug segera. Gantikan atau bawa peralatan tersebut untuk diperiksa.


Memadam Kebakaran Di Dapur

Kebakaran minyak

Jika kebakaran minyak berlaku dalam kuali atau periuk berlaku :

  • Padamkan api dapur.
  • Tutup permukaan dengan tudung.
  • Biarkan kuali atau periuk menjadi sejuk.
  • Buka penutup perlahan-lahan.

Kebakaran Oven atau Ketuhar

Apabila kebakaran dalam oven atau ketuhar berlaku :

  • Tutup sumber elektrik.
  • Ubah ke tempat terbuka / lapang.
  • Pastikan pintunya sentiasa tertutup.


Secara umumnya, terdapat lima kelas api di rumah. Alat pemadam api dilabelkan berdasarkan “Simbol” atau “Penggunaan Huruf” yang piawai bagi setiap kelas api yang dapat dipadam.


Kelas Api Penerangan
A Memadam kebakaran pepejal seperti kayu, kertas, kain dan sebarang bahan mudah bakar.
B Memadam kebakaran cecair seperti minyak, cat, varnish, plastik dan lain-lain.
C Memadam kebakaran gas seperti gas butana, gas acetylene, pendawaian elektrik, kotak fius, perkakasan elektrik dan lain-lain.
D Memadam kebakaran logam seperti logam potassium, logam sodium, logam kalsium dan logam magnesium.
E Memadam kebakaran minyak masak yang digunakan secara komersial.


Langkah Mudah Menggunakan Alat Pemadam Api (APA) :

  • Cabutkan Pin
  • Halakan nozel ke pangkal (base) api
  • Tekan tuil (lever)
  • Layangkan nozel ke kiri dan ke kanan



APABILA BERLAKU KEBAKARAN PATUHILAH LANGKAH-LANGKAH BERIKUT:

  1. Jangan panik. Bunyikanlah penggera untuk memberi isyarat kepada semua penghuni rumah. Selamatkanlah diri anda dan keluarga anda melalui jalan keluar yang sedia ada atau yang telah ditetapkan.
  2. Hubungilah balai bomba yang berhampiran. Berikan butir-butir lengkap mengenai lokasi rumah anda.
  3. Sementara menanti ketibaan anggota-anggota bomba, cubalah padamkan api dengan alat pemadam api. INGAT! Jangan sampai membahayakan diri anda.

PETUA UNTUK MENYELAMATKAN DIRI DARIPADA KEBAKARAN

JALAN KELUAR

Api itu, tatkala kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan. Api memang tidak mengenal darjat penghuni dan rumah kediaman mereka. Apabila berlaku kebakaran, langkah yang paling penting ialah mencari jalan keluar. Oleh itu anda mestilah mengenal pasti sekurang-kurangnya dua jalan keluar di rumah anda untuk menyelamatkan diri daripada kebakaran.


BINCANGKAN PELAN MEYELAMATKAN DIRI DENGAN KELUARGA

Anda harus mengadakan perbincangan dengan keluarga anda mengenai pelan menyelamatkan diri daripada kebakaran di rumah. Pastikan seluruh keluarga anda memahami dan mengetahui apa yang perlu dibuat jika berlaku kebakaran. Adakan latihan amali di hujung minggu atau bila ada masa lapang supaya ia sentiasa dalam ingatan ahli keluarga anda.


CUBA ELAKKAN PENGGUNAAN JERIJI

Cuba elakkan penggunaan jeriji besi pada tingkap dan pintu rumah anda. Jika anda terpaksa menggunakannya, pastikan jeriji tersebut boleh dibuka daripada dalam rumah dengan mudah.


JALAN KELUAR TIDAK DIHALANG

Pastikan semua jalan keluar di rumah anda mudah dilalui dan bebas daripada sebarang halangan.


ANAK KUNCI MUDAH DIAMBIL

Setiap ahli keluarga mestilah tahu di mana anak kunci pintu atau jeriji biasanya disimpan. Jangan mengubah tempat menyimpan anak kunci.


MEMASANG ALAT PENGESAN ASAP

Pastikan anda memasang sekurang-kurangnya satu pengesan asap di rumah untuk memberi isyarat bermulanya kebakaran.


Share
Kalendar

Sunday, May 20, 1:29 pm

May 2012
M T W T F S S
« Mar    
  1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31