Teman Pili Bomba
Pili Bomba
Pili bomba adalah merupakan sumber utama Pasukan Bomba untuk medapatkan bekalan air bagi melawan dan memadam kebakaran
Jenis-jenis Pili Bomba
- Pili Bomba Bawah Tanah(Ground Hydrant)
- Pili Bomba Bertiang(Stand Post Hydrant)
Kenapa perlunya program skim Teman Pili Bomba ini diadakan
- Untuk mewujudkan kesedaran masyarakat tentang perlunya memberkerjasama dengan melihat, menjaga dan melaporkan sekiranya berlaku halangan/kerosakan kepada pili bomba.
- -Untuk member kemudahan kepada Pasukan Bomba melaksanakan kerja-kerja pemeriksaan pili bomba yang sepatutnya diperiksa 3 ke 4 bulan sekali.
Apakah peranan ahli yang menyertai Program ini?
- Menjadikan pili bomba sebagai ‘anak angkat’ dengan melihat/mengawal daripada berlakunya halangan/kerosakan kepada pili bomba
- Melaporkan kepada pihak bomba, pihak polis, pihak bekalan air atau pihak-pihak yang berkenaan jika berlaku perkara-perkara berikut:
1. Semasa kerja pembaikan jalan dilakukan pihak berkenaan tidak menimbus lubang (hydrant pit) dengan batu-batu bertutup, simen atau tanah.
2. Jika berlakunya kegiatan mencuri air dari pili bomba
3.Jika ada kebocoran paip atau lain-lain kerosakkan seperti tiang pili bomba patah, tanda ‘H’ musnah atau dipindahkan dan sebagainya.
- Menghalang sesiapa saja yang menjadikan pili bomba tempat pembuangan sampah
- Mengecat pili bomba dengan mengunakan cat yang ditentukan iaitu warna kuning bagi batu tanda dan hydrant pit cover
- Mengawasi supaya muncung tembaga, false spindle dan penutup besi tidak dicuri
Klik Sini Untuk Download Borang Applikasi Teman Pili Bomba

