Bomba Sukarela
Objektif
Tujuan penubuhan pasukan bomba sukarela di kawasan tertentu bagi menggalakkan penduduk- penduduk setempat untuk : -
1. Penubuhan pasukan pemadaman dan penyelamat bagi mengambil tindakan awal jika berlaku kebakaran sebelum ketibaan Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
2. Membantu memberikan khidmat nasihat kepada masyarakat setempat terhadap bahaya- bahaya kebakaran dan langkah-langkah pencegahan kebakaran.
3. Megeratkan koordinasi dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta lain-lain agensi berkaitan dengan keselamatan kebakaran.
4. Pasukan bomba sukarela akan dapat membantu jabatan bomba dan Penyelamat, Malaysia didalam usaha-usaha penjagaan pili bomba yang terdapat di kawasan masing-masing.
Polisi penubuhan
Penubuhan pasukan bomba sukarela adalah di bawah peruyukan seksyen 62(1)(Ca) Akta Perkhidmatan Bomba 1988 dan tertakluk kepada kawalan Jabatan Bomba dan Penelamat Malaysia dan penubuhanya tidak akan melibatkan implikasi kewangan terhadap kerajaan.
Organisasi
Bagi mempastikan pasukan bomba sukarela dijalankan scara lebih berjesan perlu ada organisasi bagi pasukan tersebut seperti berikut.
1.Penagung
Peringkat kebangsaan adalah yang berhormat menteri perumahan dan kerajaan tempatan dan peringkat negeri boleh dilantik daripada kalangan yang berhormat mb negeri masing- masing atau orang-orang yang berpengaruh di kawasan berkenaan.
2. Penasihat Pasukan Bomba Sukarela
Penasihat Pasukan Bomba Sukarela ini hendaklah terdidi Pengarah atau pegawai Kanan Bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat peringkat Negeri atau daerah berkenaan.
3.Struktur Organisasi
Suatu Jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Pengelola Pasukan Bomba Sukarela hendaklah dilantik di dalam Mesyarat Agung Dwi- Tahunan yang terdidi daripada: -
a) Seorang Pengerusi
b) Seorang Timbalan Pengerusi
c) Serorang Setiausaha
d) Seorang Penolong Setiausaha
e) Seorang Bendahari
f) Empat(4) orang Ahli Jawatankuasa
Jawatan jawatan di atas hendaklah dicadangkan dan diskoking dan pemilihan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agong Dwi-Tahunan. Kecuali jawatan Setiausaha dan Penolong Setiausaha yang akan dilantik oleh Pengerusi sendiri.
4. Syarat-syarat Keahlian
a) Keahlian adalah Warganegara Malaysia.
b) Permohonan mterbuka kepada penduduk setempat yang berumur 18 tahun ke atas, mempunyai keupayaan kesihatan yang baik, tidak cacat anggota dan waenjadi ahli hendaklah menggunakan boring permohonan seperti di lampiran ‘B’ dan disokong oleh pengerusi. Permohonan hendaklah dihantar kepada Setiausaha. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi apa-apa sebab.
c) Tiap-tiap permohonan yang permohonannya telah diluluskan hendaklah memberikan pengakuan taat setia sebagai ahli pasukan.
d) Setiap ahli digalakkan untuk mengambil perlindungan insuran secara berkelompok bagi kepentingan masa hadapan
e) Permohonan untuk menjadi ahli akan dikenakan bayaran sebanyak sepuluh ringgit Malaysia(RM 10)
f) Ahli-ahli Pasukan Bomba Sukarela
i. Menghadiri latihan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Bomba dan Penyalamat, Malaysia
ii. Menghadiri diri untuk bertugas pemadaman dan penyelamat ketempat kebakaran atau lain-lain tugas kecemasan
iii. Mematuhi apa-apa arahan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola atau Ketua Pasukan. Di dalam kerja memadam kebakaran yang dihadiri oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat, ahli-ahli Pasukan Bomba Sukarela hendaklah mematuhi segala arahan Pegawai Kanan Bomba yang mengetuai operasi pemadaman tersebut supaya mengelakkan percangahan dan bahaya-bahaya tidak seragam dalam tindakan operasi.
iv. Memberitahu Ketua Pasukan dengan kadar segera bila tidak dapat aktif kerana sakit atau urusan-urusan peribadi.
v. Tidak dibenarkan member maklumat tentang hal-hal kebakaran yang dihadiri kepada media masa.
vi. Memakai unifom yang telah ditetapkan bila hadir ditempat kebakaran perbarisan, latihan dan lain-lain aktiviti pasukan
vii. Memberi notis dalam tempoh tidak kurang daripada satu bulan jika hendak berhenti daripada menjadi ahli pasukan atau berpindah kekawasan lain.
viii. Tidak menggunakan atau memakai unifom pasukan di luar aktiviti pasukan atau menyalahgunakan unifom.
5. Larangan Keahlian
a) Pasukan atau ahli-ahlinya dilarang mengadakan sebarang permainan perjudian di tempat persediaan atau mana-mana tempat yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti pergerakan Pasukan Bomba Sukarela.
b) Pasukan dilarang menyalahguna peralatan memadaman pasukan yang disediakan.
c) Pasukan ini tidak boleh manjalankan loteri, samaada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak atas nama pasukan atau pegawai-pegawai atau jawatankuasa atau ahli tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan.
d) Semasa menjalankan operasi memadam kebakaran pasukan dilarang melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang.

