Jumlah : 10645
Pengunjung Online: 0
FAQ
FAQ
Bagaimana hendak menubuhkan Bomba Sukarela / Bantuan?
1. Mengemukakan borang permohonan bagi Pendaftaran Pertubuhan kepada Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat peringkat negeri.
2. Jabatan Bomba dan Penyelamat (sekretariat) peringkat negeri akan memproses borang permohonan.
3. Setelah borang permohonan diproses, Jabatan akan mengemukakan borang permohonan kepada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Negeri untuk mendapatkan kelulusan.
4. Setelah mendapat kelulusan permohonan dari Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Negeri kemudian akan dimaklumkan kepada pasukan yang berkaitan.
Bagaimana hendak menjadi Teman Pili Bomba?
* Keahlian program ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang berumur 18 tahun ke atas.
* Penyertaan hendaklah menggunakan Borang PB2001 yang boleh didapati di semua Balai Bomba dan Penyelamat yang berhampiran.
* Borang hendaklah dibuat dalam 3 salinan dan majukan kepada Ketua Balai untuk dipertimbangkan.
* Ketua Balai akan menyemak permohonan seterusnya membuat pertimbangan dan sokongan.
* Ketua Balai akan mengemukakan permohonan kepada Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri dan mendapatkan/mengeluarkan surat perlantikan.
* Surat perlantikan daripada Pengarah Negeri kepada Ketua Balai.
* SIJIL TEMAN PILI BOMBA akan dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri kepada Bapa atau Ibu Angkat Pili Bomba.
Apakah nombor hotline Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia yang boleh dihubungi?
999 adalah HOTLINE bagi Seluruh Malaysia. Manakala SMS: 03-88880964 dan talian bebas tol: 1800 888 994
Bagaimana cara untuk mendapatkan salinan LAPORAN KEBAKARAN?
Salinan Laporan Kebakaran boleh didapati daripada Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat di Negeri-negeri, Daerah-Daerah dan Zon-Zon.
Bagaimana cara untuk mendapatkan SURAT SOKONGAN PERLESENAN?
Surat Sokongan Perlesenan boleh didapatkan daripada Balai-Balai Bomba dan Penyelamat di seluruh Malaysia.
Dari Bahagian Manakah Borang Perakuan Bomba Dapat Diperolehi ?
Borang Perakuan Bomba boleh diperolehi dengan pergi sendiri ke tempat di bawah :-
* Bahagian Keselamatan Kebombaan Ibu Pejabat yang berlokasi di Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya.
* Bahagian Keselamatan Kebombaan Negeri-Negeri iaitu Ibu Pejabat Negeri-Negeri Seluruh Malaysia.
* Bahagian Keselamatan Kebombaan Daerah-Daerah iaitu Balai Bomba dan Penyelamat Daerah-Daerah Seluruh Malaysia.
* Bahagian Keselamatan Kebombaan Zon-Zon iaitu Balai Bomba dan Penyelamat Zon-Zon (Buat masa ini cuma di Negeri Sabah dan Negeri Sarawak).
ATAU bagi yang berada jauh bolehlah menulis surat permohonan kepada tempat yang dinyatakan di atas.
Adakah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menyediakan khidmat PEMBELAJARAN AWAM
Ya, Ada. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menyediakan khidmat PEMBELAJARAN AWAM melalui pameran, ceramah dan demontrasi peralatan kebombaan.
Bagaimana cara untuk memperbaharui RESIT ALAT PEMADAM API?
Resit Alat Pemadam Api boleh diperbaharui di Balai-Balai Bomba dan Penyelamat di seluruh Malaysia. Proses untuk memperbaharui Resit Alat Pemadan Api adalah seperti di bawah :
1. Pemilik Alat Pemadam Api hendaklah membawa Alat Pemadam Api yang ingin diperbaharui ke syarikat penyelenggara alat pemadan api dan mengisi boring yang boleh diperolehi di syarikat tersebut yang mengesahkan alat pemadam api tersebut telah diselenggara dan dalam keadaan baik.
2. Pemilik atau syarikat penyelenggara alat pemadam api tersebut hendaklah membawa alat pemadam api dan surat pengesahan tadi ke Balai-Balai Bomba dan Penyelamat berhampiran.
3. Balai-Balai Bomba dan Penyelamat yang dikunjungi akan meneliti permohonan tersebut dan akan memperbaharui Resit Alat Pemadam Api yang setiap satu berharga RM5.00 (bagi satu alat pemadam api).

