Kejuruteraan
Objektif
1 Melahirkan
Pegawai yang bermutu tinggi dari segi pengetahuan , disiplin dan kemahiran.
2 Meningkatkan
Pengetahuan dan kemahiran dari segi melawan kebakaran
3 Meningkatkan
Pengetahuan pencegahan dan perlindungan kebakaran.
Fungsi
1 Merancang
serta melaksanakan program latihan dalaman bagi kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka.
2 Merancang
serta melaksanakan latihan dan ceramah dan pameran kepada orang awam serta pelanggan-pelanggan jabatan di peringkat Negeri Melaka.
3 Merancang
Keperluan latihan bagi Kelab Keselamatan Kebakaran Kanak-Kanak ( 3K) Pembelajaran Awam Sekolah Rendah, Kadet Bomba, Bomba Sukarela dan Pertubuhan Pasukan Keselamatan Kebakaran Bangunan dan Kilang.
Piagam Pelanggan
- KAMI KOMITED terhadap perjuangan bagi mempertingkatkan kecemerlangan ilmu kemahiran, sikap, nilai dan amalan yang positif pada diri pegawai bomba dan masyarakat dalam aspek kebombaan.
- KAMI BERJANJI akan mengemukakan surat tawaran kursus luar/dalam negeri kepada calon-calon yang layak sekurang-kurangnya 10 jam selepas diterima daripada organisasi berkaitan.
- KAMI BERJANJI akan memberi ceramah dan demontrasi berdasarkan perakuan permohonan yang diterima daripada mana-mana pihak pada masa yang telah ditetapkan.
- KAMI BERJANJI bahawa proses latihan akan berterusan dan kemajuan kerjaya Pegawai Bomba akan diberi perhatian selagi seseorang itu bergelar Pegawai Bomba.
- KAMI AKAN MENYEDIAKAN bentuk kursus dan latihan yang berkualiti memenuhi ciri-ciri ISO 9001 : 2000. 6 KAMI BERJANJI akan menjalankan kajian, perancangan dan program bagi menyediakan sumber tenaga yang menepati kehendak jabatan.

